e-Kaunseling2005

Laman Utama
Profil Kaunselor Anda
Nyatakan Pemasalahan Anda
Artikel & Pautan
FAQ (Pertanyaan)
Berikan Pendapat dan Cadangan Anda
 Disclaimer:
Apa-apa iklan yang wujud di dalam laman ini adalah kepunyaan tripod.com. Ia tiada kaitan dengan laman web kaunseling maya ini. Laman ini dibina khusus untuk mereka yang memerlukan khidmat bimbingan dan kaunseling secara profesional. Segala maklumat yang diterima dan diproses adalah rahsia.  
 

Selamat Datang ke Laman E-Kaunseling2005



Di dalam laman ini anda akan diperkenalkan kepada perkhidmatan kaunselingmaya melalui e-mel. Selamat Melayari.

Sekian terima kasih.

Laut, Ombak, Matahari dan Hidupan
12312_wallpaper280.jpg
Selagi ada laut, ombak dan matahari selagi itulah ada sinar dan harapan

Pengenalan

Kaunseling melalui maya merupakan satu kaedah yang baru di dalam perhubungan menolong. Anda hanya perlu menekan butang kekunci yang ada pada komputer anda dan sambungan talian ke internet.

Apakah Kaunseling Maya?

Kaunseling boleh disampaikan dalam pelbagai cara. Ia bergantung kepada kehendak klien. Perkhidmatan boleh dilaksanakan secara bersemuka atau secara jauh dengan bantuan teknologi. Proses interaksi kaunseling boleh secara serentak (chat, bersemuka, telefon) atau secara tertangguh (surat, e-mel).

                National Board for Certified Counselors, 2007  


Bagaimana ia dilaksanakan? 

Terdapat 2 cara;

1. emel,

2. chat

Jika anda memilih e-mel hantarkan sahaja pemasalahan anda di dalam borang yang disediakan (klik foto bilik kaunseling atau laman 3)selepas membuat pembayaran. Sesi emel berlaku dari 1-3 emel untuk satu sesi.

(Biasanya penyelesaian berlaku apabila anda telah bersedia membuat keputusan untuk mengubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Mungkin juga penyelesaian boleh berlaku pada sesi emel yang pertama lagi. Segala-galanya terpulang kepada kesediaan anda dan juga isu yang dibincangkan bersama).

Jika anda memilih sesi chat, sila isi borang untuk mendapatkan tarikh temujanji. Tunggu jawapan dari kaunselor untuk mendapatkan pesetujuan tarikh dan membuat pembayaran.

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perkhidmatan ini?

Sesiapa sahaja yang ingin berkongsi masalah yang memerlukan bantuan dari aspek emosi, perhubungan, masalah keluarga, akademik dan seumpamannya.  

Berapakah yuran atau kos yang perlu dibayar?

1. Pelajar

Percuma bagi pelajar sekolah dan pelajar IPG, Kampus Teknik, Kuala Lumpur sahaja. 

2. Berbayar (dijawab dalam masa seminggu) 

RM 50 untuk satu sesi e-mel (1-3 emel) dan RM30 untuk e-mel ke empat dan seterusnya. (Akan dijawab dalam masa 1-7 hari).

RM 50 untuk sesi chat selama 1 jam dan RM30 untuk sesi 30 minit.

3. Percuma.

Percuma (dijawab dalam masa 2-4 minggu mengikut giliran).

Apakah langkah-langkah untuk mendapatkan perkhidmatan?

Langkah 1:
Sila masuk ke laman Perkhidmatan Kami / Kaunselor Siber Anda atau anda klik sahaja grafik Bilik Kaunseling di bahagian bawah laman ini. 
 
Langkah 2 :
Anda perlu memilih sama ada anda ingin menjalankan sesi kaunseling secara e-mel atau chat secara percuma atau berbayar.
 
 
Langkah 3 :
Jika anda memilih cara e-mel, kemukakan pemasalahan anda di dalam Borang Kaunseling Maya Secara E-Mel. Sebelum kemukakan masalah sila buat pembayaran di 

 

MayBank Acc: 164856022348

Emelkan butiran bayaran kepada ramlan2000@yahoo.com atau SMS butiran ke 019-2244676

Butiran: Nama anda, alamat e-mel anda, tarikh bayaran dan jumlah bayaran.

 
Langkah 4 : 
Jika anda memilih cara chat, anda perlu mengisi Borang Kaunseling Maya Temu Janji Chat. Selepas mendapat jawapan dari kaunselor sila buat pembayaran di;

 

MayBank Acc: 164856022348

Emelkan butiran bayaran kepada ramlan2000@yahoo.com atau SMS butiran kepada 019-2244676

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

melalui emel: ramlan2000@yahoo.com  atau 

Telefon Bimbit:  019-2244676

Bilik Teraputik Kaunseling
zendesk.jpg
Sila klik gambar bilik untuk ke perkhidmatan kaunseling

Kaunseling Untuk Kesejahteraan
 
Pengurus Laman
e-mel:
Laman Web:
 
019-2244676
 
ETIKA KERAHSIAAN KLIEN

Kami menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Dalam memberikan perkhidmatan kami juga berpandukan kepada American Psychological Association untuk menjaga kerahsiaan klien.  Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kami tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan kegunaan pun.  Maklumat yang kami peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda hantar kepada kami. Itu sahaja. Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kami, selepas kami memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala informasi yang disimpan akan dimusnahkan.  Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan membaca emel dan pemasalahan yang anda hantar.   

 

Ahli Int. Society For Mental Health Online
ismho.gif
Klik logo untuk ke laman ISMHO

Laman Ramlan IPGM, Kampus Pendidikan Teknik, KL

Isu dan Artikel di Minda Pelajar Berita Harian

Isu Kaunseling Dewasa

Refleksi dan Cetusan Minda Ramlan Hamzah