Make your own free website on Tripod.com

e-Kaunseling2005

Artikel & Pautan

Laman Utama
Profil Kaunselor Anda
Nyatakan Pemasalahan Anda
Artikel & Pautan
FAQ (Pertanyaan)
Berikan Pendapat dan Cadangan Anda

SmileyCentral.com

Anda boleh membaca dan muat turun artikel di dalam laman ini.  Jika anda fikir artikel tersebut memberi faedah sebarkanlah kepada orang lain. 

Maklumat Pendidikan

Kementerian Pelajaran

Kementerian Pendidikan

Maklumat Kerjaya

Peluang Kerjaya

Peluang Kerjaya 2

Motivasi Agama

Agama merupakan asas pegangan di dalam kehidupan.  Sama ada anda seorang islam, kristian, buddha atau hindu anda bertanggungjawab terhadap agama anda.  Perwatakan dan pembawaan anda merupakan satu promosi kepada agama anda.  Jika orang lari dari agama kerana anda,  bermakna anda telah mempromosikan agama itu dalam bentuk yang negatif dan anda bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.  Oleh itu sebagai rakyat Malaysia pilihlah agama yang benar-benar dapat memberikan ketenteraman dan kebahagiaan kepada jiwa anda, kerana agama yang anda anut pasti akan membawa ketentraman kepada jiwa anda.  Bagi saya, saya telah memilih agama Islam sebagai agama yang memberi ketenteraman dan kebahagiaan kepada jiwa saya.

IKIM

JIM

JAKIM

Harun Yahya

Guide To Understanding Islam

Psikologi Remaja

Nerd

Remaja berasal dari akar kata 'remang'.  Remang yang membawa maksud tidak jelas, tidak terang, kelabu, keliru.  Anak remaja mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan mempunyai hati yang ingin mencuba dan mencuba sesuatu yang baru.  Remaja yang tidak dihampiri akan menjadi liar, remaja yang terlalu disekat kebebasan akan menjadi duri dalam daging.  Mata sakit memandang, hati sakit merasa.  Itulah kebanyakan keluhan ibu dan bapa yang mempunyai anak remaja.  Namun sebagai pemain layang-layang sudah tentu seni untuk bermain itu perlu dipelajari.  Tali jangan putus, layang-layang jangan terlepas begitulah rentak tangan menghayun tali dan mengikut arus.  Gunakanlah seni main layang-layang ini untuk mendidik anak remaja kita.  Semakin kencang angin hati semakin cemas namun rentak layang-layang akan semakin rancak.  Mati angin,  bermakna anak muda kita akan jatuh terjunam.  Biarlah angin memukul layang-layang, kita sebagai pemain harus berada digelanggang.

Laman Remaja

Majalah Siber Remaja

Jatidiri Remaja Muslim

Kesihatan Remaja

Psikologi Kanak-kanak

ROTFL

Kanak-kanak adalah anugerah Allah yang terbesar untuk umat manusia.  Lahirnya anak kedunia membawa implikasi kesinambungan kehidupan manusia di muka bumi ini.  Oleh itu anak merupakan amanah terbesar yang perlu dipegang oleh manusia untuk menjamin kehidupan manusia. Ibu bapa yang memegang amanah ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti sama ada anak yang dilahirkan itu dapat menjadi penyambung zuriat yang baik atau sebaliknya.  Oleh itu mendidik diri dan anak-anak merupakan tugas kita yang terpenting yang tidak boleh diambil ringan. 

Psikologi Kanak-kanak

Laman kanak-kanak

Pelbagai Laman Kanak-kanak

Laman kanak-kanak 2

My School Net

Motivasi Keluarga 

Shopping 3

Keluarga adalah unit paling asas untuk membentuk masyarakat.  Sekiranya unit yang paling asas ini tercemar maka seluruh masyarakat itu akan tercemar.  Oleh itu setiap keluarga perlu memainkan peranan untuk menjaga keharmonian dan kesihatan keluarga.  Pemimpin di dalam sesebuah keluarga berperanan untuk memimpin ahli keluarga supaya setiap ahli dapat berfungsi dengan baik.  Ingat, rosak keluarga, rosaklah masyarakat, rosak masyarakat maka binasalah sesebuah negara.

Perkahwinan Com

Tentang Anak-anak

Tips Pendidikan Anak

Homepage Keluarga Bahagia Hj Zailani

Blog Wanita JIM

Motivasi Diri

Clapping Hands

Kebanyakan orang bercakap tentang anak, harta, pendidikan, jiran tetangga, saudara-mara, negara dan seumpamanya.  Jarang orang bercakap tentang dirinya sendiri.  Ada juga orang yang tidak kenal pada dirinya sendiri.  Anak dan isteri, serta suami juga tidak memahami kita.  Kerana apa?  Kerana kita tidak pernah melihat siapakah diri kita sendiri.  Apa yang kita mahu? Apakah matlamat kita? Semuanya menunggu hari esok untuk dicarikan jawapan.  Untuk mengubah tingkahlaku.. tunggulah esok.  Untuk mengubah tabiat ... tunggulah esok.  Untuk menyimpan duit... tunggulah esok.  Untuk bertaubat ... tunggulah esok.  Tiba-tiba kita melihat diri dah pun tua.  Kita masih tidak tahu apa yang kita hendak.  Akhirnya kita hanya mengambil ruang di atas muka bumi ini tanpa menghasilkan apa-apa yang berfaedah.  Apabila kita mati, kita akan dilupakan orang dan perangai kita itu disambung pula oleh zuriat kita. 

Mengenal Diri Sendiri

Berani Ke Puncak jaya

Membuang Kebiasaan Yang Buruk

Membangun Motivasi Dalam Diri

Kesihatan Mental
 

Badan yang sihat datangnya dari otak yang sihat.  Otak yang sihat akan berfikir secara positif.  Otak yang sihat melihat halangan sebagai cabaran untuk lebih maju kehadapan.  Otak yang sihat juga melihat manusia lain sebagai rakan untuk sama-sama berjaya mengimarahkan dunia ini agar dunia yang di diami ini akan lebih tenteram dan selamat untuk di diami.  Otak yang sihat melihat kebaikan untuk menuju sejahtera.  Segala sifat-sifat terpuji menjadi pakaian mereka.  Mereka redha kepada apa yang berlaku dan akan menyerahkan kepada Allah selepas segala daya usaha telah dilaksanakan.  Bahagialah orang yang mempunyai otak dan minda yang sihat.

Artikel Kesihatan Mental 1

APA Org (Artkel Kesihatan Mental 2)

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia

American Medical Association

Ramlanhamzah.com

Laman Ramlan Hamzah

Akhbar & Berita

Utusan Malaysia

Berita Harian

New Straits Times

Kaunseling Untuk Kesejahteraan
 
Pengurus Laman
e-mel:
Laman Web:
 
019-2244676
 
ETIKA KERAHSIAAN KLIEN

Kami menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Dalam memberikan perkhidmatan kami juga berpandukan kepada American Psychological Association untuk menjaga kerahsiaan klien.  Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kami tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan kegunaan pun.  Maklumat yang kami peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda hantar kepada kami. Itu sahaja. Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kami, selepas kami memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala informasi yang disimpan akan dimusnahkan.  Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan membaca emel dan pemasalahan yang anda hantar.   

 

Ahli Int. Society For Mental Health Online
ismho.gif
Klik logo untuk ke laman ISMHO

Laman Ramlan IPGM, Kampus Pendidikan Teknik, KL

Isu dan Artikel di Minda Pelajar Berita Harian

Isu Kaunseling Dewasa

Refleksi dan Cetusan Minda Ramlan Hamzah