Make your own free website on Tripod.com

e-Kaunseling2005

FAQ (Pertanyaan)

Laman Utama
Profil Kaunselor Anda
Nyatakan Pemasalahan Anda
Artikel & Pautan
FAQ (Pertanyaan)
Berikan Pendapat dan Cadangan Anda

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan tentang perkhidmatan dan Laman Kaunseling Maya ini, sila isikan borang di bawah dan klik "submit". Terima kasih.

Nama Anda:
Alamat E-mel Anda:
Pertanyaan:
  

57017_wallpaper280.jpg
keindahan memberikan kedamaian

Pertanyaan-pertanyaan yang telah dihantar kepada kami.

Apakah kaunseling maya?

Kaunseling merupakan satu cara yang boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan. Cara yang tradisi ialah dengan memberikan kaunseling dengan cara bersemuka. Kaunseling maya memberikan perkhidmatan yang sama cuma ia menggunakan modaliti emel ataupun chat. Cara ini lebih mudah dan pantas. Kaedah ini bukan menggantikan kaedah bersemuka tetapi ia memberikan kaedah pilihan kepada klien yang memerlukan.  Hasil yang diperolehi bergantung kepada kesungguhan, komitmen dan kesediaan klien bekerja sama dengan kaunselor maya yang terlibat.  

Siapakah kaunselor yang terlibat?

Sila rujuk pada halaman Profil Kaunselor Anda.

Apakah bentuk/jenis soalan yang boleh saya tanya?

Semua soalan boleh ditanya kecuali yang berkaitan dengan perubatan. Soalan yang biasa kami terima ialah yang berkaitan dengan perhubungan, tentang konsep diri, kebimbangan, kekeluargaan,  tekanan di rumah dan di tempat kerja, konflik, komunikasi, kebingungan, dan seumpamannya.  Semua soalan ini akan membawa kepada pemahaman diri anda sendiri yang membawa kepada memperbaiki konsep kendiri anda dan hubungan anda dengan orang lain dan persekitaran anda. 

Bagaimana saya boleh menghantar soalan? 

Apabila anda telah mebuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan kaunseling maya, sila ke laman Perkhidmatan Kami/Siber Kaunselor Anda. Isilah borang yang disediakan.  Kami mencadangkan agar anda mengambil sedikit masa untuk memberikan latar belakang pemasalahan anda secara terperinci. Lihat semula kepada peluahan dan tulisan anda dan tambahlah perkara-perkara yang tertinggal sebelum anda menghantarnya. 

Apakah jawapan yang boleh saya peroleh?

Banyak mana jawapan atau respon yang anda peroleh bergantung kepada jenis perkhidmatan yang anda ingini. Kaunseling maya memerlukan masa untuk memahami dan menjawab persoalan yang anda kemukakan. Respon kami biasanya secara terperinci dan berfokus berhubung dengan isu dan pemasalahan yang anda kemukakan.  Semua respon diberikan secara profesional, tidak berat sebelah.  Kami memberikan anda pilihan untuk berfikir, membuat keputusan dan bertindak mengikut kemampuan, keselesaan, keinginan untuk berubah dan bertindak terhadap situasi yang anda hadapi. 

Adakah masalah yang saya kemukakan dirahsiakan? 

Kami menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Dalam memberikan perkhidmatan kami juga berpandukan kepada American Psychological Association untuk menjaga kerahsiaan klien.  Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kami tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan kegunaan pun.  Maklumat yang kami peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda hantar kepada kami. Itu sahaja. Untuk lebih selamat kami mencadangkan agar anda mempunyai alamat e-mel yang dienkripsi. Alamat tersebut boleh didapati dari laman web berikut; http://safe-mail.net.com . Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kami, selepas kami memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala informasi yang disimpan akan dimusnahkan.  Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan membaca emel dan pemasalahan yang anda hantar.   

PERINGATAN:

Bayaran yang dikenakan kepada pelanggan hanyalah untuk membiayai pengurusan laman web oleh pengurus laman.  Perkhidmatan kaunseling yang dikenakan adalah percuma.  (Pengurus Laman)

Kaunseling Untuk Kesejahteraan
 
Pengurus Laman
e-mel:
Laman Web:
 
019-2244676
 
ETIKA KERAHSIAAN KLIEN

Kami menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Dalam memberikan perkhidmatan kami juga berpandukan kepada American Psychological Association untuk menjaga kerahsiaan klien.  Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kami tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan kegunaan pun.  Maklumat yang kami peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda hantar kepada kami. Itu sahaja. Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kami, selepas kami memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala informasi yang disimpan akan dimusnahkan.  Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan membaca emel dan pemasalahan yang anda hantar.   

 

Ahli Int. Society For Mental Health Online
ismho.gif
Klik logo untuk ke laman ISMHO

Laman Ramlan IPGM, Kampus Pendidikan Teknik, KL

Isu dan Artikel di Minda Pelajar Berita Harian

Isu Kaunseling Dewasa

Refleksi dan Cetusan Minda Ramlan Hamzah