Motivasi Keluarga
Keluarga adalah unit paling asas untuk membentuk masyarakat. Sekiranya unit yang paling asas ini tercemar
maka seluruh masyarakat itu akan tercemar. Oleh itu setiap keluarga perlu memainkan peranan untuk menjaga keharmonian
dan kesihatan keluarga. Pemimpin di dalam sesebuah keluarga berperanan untuk memimpin ahli keluarga supaya setiap ahli
dapat berfungsi dengan baik. Ingat, rosak keluarga, rosaklah masyarakat, rosak masyarakat maka binasalah sesebuah negara.
Perkahwinan Com
Tentang Anak-anak
Tips Pendidikan Anak
Homepage Keluarga Bahagia Hj Zailani
Blog Wanita JIM
Motivasi Diri
Kebanyakan orang bercakap tentang anak, harta, pendidikan, jiran tetangga, saudara-mara, negara dan seumpamanya.
Jarang orang bercakap tentang dirinya sendiri. Ada juga orang yang tidak kenal pada dirinya sendiri. Anak dan
isteri, serta suami juga tidak memahami kita. Kerana apa? Kerana kita tidak pernah melihat siapakah diri kita
sendiri. Apa yang kita mahu? Apakah matlamat kita? Semuanya menunggu hari esok untuk dicarikan jawapan. Untuk
mengubah tingkahlaku.. tunggulah esok. Untuk mengubah tabiat ... tunggulah esok. Untuk menyimpan duit... tunggulah
esok. Untuk bertaubat ... tunggulah esok. Tiba-tiba kita melihat diri dah pun tua. Kita masih tidak tahu
apa yang kita hendak. Akhirnya kita hanya mengambil ruang di atas muka bumi ini tanpa menghasilkan apa-apa yang berfaedah.
Apabila kita mati, kita akan dilupakan orang dan perangai kita itu disambung pula oleh zuriat kita.
Mengenal Diri Sendiri
Berani Ke Puncak jaya
Membuang Kebiasaan Yang Buruk
Membangun Motivasi Dalam Diri
Kesihatan Mental
Badan yang sihat datangnya dari otak yang sihat. Otak yang sihat akan berfikir secara positif. Otak
yang sihat melihat halangan sebagai cabaran untuk lebih maju kehadapan. Otak yang sihat juga melihat manusia lain sebagai
rakan untuk sama-sama berjaya mengimarahkan dunia ini agar dunia yang di diami ini akan lebih tenteram dan selamat untuk di
diami. Otak yang sihat melihat kebaikan untuk menuju sejahtera. Segala sifat-sifat terpuji menjadi pakaian mereka.
Mereka redha kepada apa yang berlaku dan akan menyerahkan kepada Allah selepas segala daya usaha telah dilaksanakan.
Bahagialah orang yang mempunyai otak dan minda yang sihat.
Artikel Kesihatan Mental 1
APA Org (Artkel Kesihatan Mental 2)
Persatuan Kesihatan Mental Malaysia
American Medical Association
Ramlanhamzah.com
Laman Ramlan Hamzah
|