Pengenalan
Kaunseling melalui maya merupakan satu kaedah yang baru di dalam perhubungan menolong. Anda hanya perlu menekan butang kekunci yang ada pada komputer anda dan sambungan
talian ke internet.
Apakah Kaunseling Maya?
Kaunseling boleh disampaikan dalam pelbagai cara. Ia bergantung
kepada kehendak klien. Perkhidmatan boleh dilaksanakan secara bersemuka atau secara jauh dengan bantuan teknologi. Proses interaksi kaunseling boleh secara serentak (chat, bersemuka, telefon) atau secara tertangguh (surat, e-mel).
National Board for Certified Counselors, 2007 |
Bagaimana
ia dilaksanakan?
Terdapat 2 cara;
1. emel,
2. chat
Jika anda memilih e-mel
hantarkan sahaja pemasalahan anda di dalam borang yang disediakan (klik foto bilik kaunseling atau laman 3)selepas membuat pembayaran. Sesi emel berlaku dari 1-3 emel untuk satu sesi.
(Biasanya penyelesaian
berlaku apabila anda telah bersedia membuat keputusan untuk mengubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Mungkin juga
penyelesaian boleh berlaku pada sesi emel yang pertama lagi. Segala-galanya terpulang kepada kesediaan anda dan juga
isu yang dibincangkan bersama).
Jika anda memilih sesi chat, sila isi borang untuk mendapatkan
tarikh temujanji. Tunggu jawapan dari kaunselor untuk mendapatkan pesetujuan tarikh dan membuat pembayaran.
Siapakah yang layak
untuk mendapatkan perkhidmatan ini?
Sesiapa
sahaja yang ingin berkongsi masalah yang memerlukan bantuan dari aspek emosi, perhubungan, masalah keluarga, akademik
dan seumpamannya.
Berapakah yuran atau kos yang perlu dibayar?
1. Pelajar
Percuma bagi pelajar sekolah dan pelajar IPG, Kampus Teknik, Kuala Lumpur sahaja.
2. Berbayar (dijawab dalam masa seminggu)
RM 50 untuk satu sesi e-mel (1-3 emel) dan RM30 untuk e-mel ke empat dan seterusnya.
(Akan dijawab dalam masa 1-7 hari).
RM 50 untuk sesi chat selama 1 jam dan RM30 untuk sesi 30 minit.
3. Percuma.
Percuma (dijawab dalam masa 2-4 minggu mengikut giliran).
Apakah langkah-langkah untuk mendapatkan perkhidmatan?
Langkah 1:
Sila masuk ke laman Perkhidmatan Kami / Kaunselor Siber Anda atau anda klik sahaja
grafik Bilik Kaunseling di bahagian bawah laman ini.
Langkah 2 :
Anda perlu memilih sama ada anda ingin menjalankan sesi kaunseling secara e-mel atau chat secara percuma
atau berbayar.
Langkah 3 :
Jika anda memilih cara e-mel, kemukakan pemasalahan anda di dalam Borang Kaunseling Maya Secara
E-Mel. Sebelum kemukakan masalah sila buat pembayaran di
MayBank Acc: 164856022348
Emelkan butiran bayaran
kepada ramlan2000@yahoo.com atau SMS butiran ke 019-2244676
Butiran: Nama anda, alamat e-mel anda, tarikh bayaran
dan jumlah bayaran.
Langkah 4 :
Jika anda memilih cara chat, anda perlu mengisi Borang Kaunseling Maya Temu Janji Chat.
Selepas mendapat jawapan dari kaunselor sila buat pembayaran di;
MayBank Acc: 164856022348
Emelkan butiran bayaran kepada
ramlan2000@yahoo.com atau SMS butiran kepada 019-2244676
Sebarang pertanyaan sila hubungi;
melalui emel: ramlan2000@yahoo.com atau
Telefon Bimbit: 019-2244676